TITIK PERMULAAN DISEBALIK KISAH MUTYARA

Diputarkan waktu, kisah 5 tahun yang lalu, di awal perkahwinan pasangan muda berteraskan hanya kasih, tercari-cari tujuan hidup, ingin membina keluarga, matlamatnya belum jelas, namun keinginannya ada. 

Masih belum pandai meminta pada yang Maha Esa, kerana ada masa manusia ini alpa dengan dunia. Percubaan untuk terjah ke dunia bisnes, tapi tiada ilmu yang cukup, tidak tahu apa harus dibuat, ternyata setelah beberapa percubaan gagal dan menemui jalan buntu. 

Sehingga tiba suatu waktu tidur berselimutkan hutang hampir Ratusan Ribu ringgit, terpaksa tutup syarikat yang dibina ternyata segalanya sia-sia. 

Dek kerana semangat dan BIG WHY yang besar ingin mengadakan keperluan hidup di dalam membina keluarga, malu dengan isteri yang banyak berkorban, ingin membuktikan mampu menjadi seorang suami yang boleh dibanggakan.

Tidak ingin sia-siakan pengorbanan sang isteri yang sanggup meninggalkan keluarga jauh di Palembang, Indonesia, tinggalkan kareer yang sedang menempa nama. Tamparan pabila ada yang kecil bakal melihat dunia namun si Ayah masih belum punya Apa.

Terduduk sendiri... waktu ini hati mula sedar, lupa pada yang memberi rezeki. 

Dipanjatkan doa, ingin berubah menjadi yang lebih baik. Sesungguhnya kebesaran yang Maha Esa, disertakan niat yang ikhlas, dibukakan jalan, ada sinar cahaya. Iya, tujuan hidupku lebih besar. “Aku hidup ini untuk apa?”

Bagi Sang Isteri, apa yang utama adalah ingin bantu keluarga walau apa cara sekalipun, mereka merupakan tanggungjawab. 

Setiap hari pelbagai cabaran ditempuh, namun tidak sekalipun mengeluh, tidak pernah meminta-minta sebaliknya terus cekal berusaha.

“Never give up on each other, we are in one team” kata-kata itu terbit, harus bangkit bersama-sama, buktikan mereka boleh, tunjukkan pada keluarga dan orang sekeliling.

Terdetik, kenapa tidak bina bisnes dengan isteri sendiri, bukankah itu lebih berkat. Susah senang tempuh bersama. 

Terlintas di fikiran, harus mencari mentor yang boleh membantu mereka mendalami ilmu tentang bisnes, lantas Dr Azizan menjadi pilihan kerana terbukti beliau banyak membantu usahawan berjaya bermula dari zero.

Di situlah detik permulaan kisah mereka, berpegang pada kata-kata 

 “Yakinlah bahawa setiap kejayaan itu pasti milik semua yang penting harus berusaha”

 JUS MUTYARA, sesungguhnya SIHAT ITU NIKMAT....

“Aduh, dah masa untuk minum jamu, khasiatnya bagus tapi seksanya nak telan”

 Di situlah bermulanya detik pengasas jenama Mutyara, Tya Arifin beroleh ilham untuk melahirkan produk ulungnya Jamu Mutyara Gugusan Sumatra. 

Kali pertama melahirkan, seorang ibu muda, sedang di dalam pantang, mengingati pesanan dari ibunya jauh di Palembang, Indonesia; “Jangan lupa minum jamunya ya Tya, resipinya harus dicampur bahan-bahan sebegini...”. Panjang lebar nasihat ibunya, ditulis di satu buku resipinya. 

 Tya sememangnya dibesarkan dengan kebiasaan meminum jamu sejak dari kecil kerana keluarganya mempunyai Toko Jamu di Indonesia.Tapi rasa pahitnya jamu itu memberikan pengalaman tidak enak sepanjang waktu pantangnya. 

Terfikir di benaknya, kenapa tidak dia hasilkan jamu yang bisa ditelan, tidak pahit tapi khasiatnya dikekalkan, supaya semua wanita dapat mengamalkannya dalam kehidupan seharian. Dikongsikan rencananya pada suaminya, Asyraf Khalid dan disambut dengan respon positif.

Bermulalah perjalanan jenama Mutyara, mula diperkenalkan di pasaran pada tanggal 20 April 2018. 

Jus Kesihatan yang sangat mudah pengambilannya dengan rasanya yang tidak pahit, namun ternyata keberkesanannya. Resipi turun-temurun keluarga Tya diolah rasanya dengan tambahan makanan sunnah seperti Kurma, Delima, Madu, Habatussauda selain campuran herba-herba asli seperti Kunyit, Halia, Bawang Putih dan sebagainya.

Khasiatnya fokus untuk membantu para wanita memberikan tenaga, memperbanyakkan susu badan (bagi ibu menyusu) serta membantu merawat kesihatan dalaman dan luaran wanita, boleh diamalkan seawal usia 16 tahun.

Sangat mudah pengambilannya cuma perlu diamalkan 2 kali setiap hari.

MUTYARA,
Sihat Itu Nikmat