“Aduh, baru pukul 10 pagi dah berbunyi keroncong ni!”
 
Mesti situasi di atas ini pernah berlaku kan? Padahal waktu sahur makan nasi berlauk dah, pukul 10 pagi juga lah nak rasa lapar lagi. Hal ini kerana, ada berlaku ‘kesilapan’ dalam diet anda ketika bulan puasa. Mudah rasa lapar dan letih sudah menjadi sindrom biasa dalam kalangan diri kita ketika berpuasa. Jadi, untuk mengelakkan asyik rasa lapar dan lesu ketika berpuasa ni, apa kata anda cuba tips ini untuk kekal aktif dan bertenaga sampai berbuka :
  1. Minum banyak air - Perkara yang paling mudah untuk dilakukan untuk sentiasa kekal aktif adalah minum air dengan secukupnya. Amat penting untuk anda ketika berpuasa untuk minum air dengan cukup pada malam hari dan ketika bersahur. Bila badan mempunyai kandungan air yang cukup, maka badan akan kurang berasa letih dan muka pun makin berseri-seri betul tak? Dehidrasi pun tidak akan berlaku.

  2.  Minum teh atau kopi ketika bersahur - Ternyata, dua jenis minuman ini mampu membantu badan untuk kekal aktif dan yang paling penting adalah kurang rasa lapar! Jadi, apabila anda berpuasa, boleh juga untuk jadikan kopi dan teh sebagai minuman ketika bersahur. Bukan itu sahaja, minuman ini juga akan membekalkan kandungan antioksidan yang secukupnya kepada tubuh badan pada siang hari.

  3. Sibukkan diri dengan kerja rumah - Untuk surirumah yang sepanjang hari akan berada boleh cuba lakukan ini. Biasalah bila anak-anak sudah pergi ke sekolah, bosan pula tinggal berseorangan kan? Perut pun akan mudah rasa lapar bila tengah bosan. Jadi, apa yang anda boleh lakukan adalah dengan menyibukkan diri melakukan kerja-kerja rumah seperti mencuci baju, mengemas dapur atau mengemop lantai. Bukan itu saja, kalau cuaca tak panas tu, boleh juga kalau anda nak berkebun. Bila tengah asyik melihat tumbuh-tumbuhan hijau ni perut pun akan kurang rasa lapar betul tak?

  4.  Keluar bersiar-siar - Bila tengah puasa, perkara pertama yang malas untuk dilakukan adalah berjalan. Nak berjalan pergi tandas pun malas, nak memandu pun malas kan. Tapi, tahukah anda, kalau anda keluar bersiar-siar tidak kiralah di taman atau di pusat membeli-belah, aktiviti ini akan membantu anda untuk membakar kalori juga. Mesti anda suka bila dapat membakar kalori betul tak?

  5. Lakukan senaman ringan - Selain berjalan atau bersiar-siar, terdapat juga segelintir orang yang mengambil kesempatan untuk bersenam ketika berpuasa. Katanya kesan yang dapat dilihat sangat cepat berbanding hari biasa. Tak penat ke? Jika anda menjalankan kehidupan dengan cara yang sihat, pemakanan yang sihat dan minum air yang secukupnya pada malam hari, sudah tentu badan akan jadi makin bertenaga.

  6. Ambil makanan bersayur - Ini amat penting untuk diamalkan oleh setiap orang. Makanan semasa sahur adalah seperti sarapan kalau hari biasa. Makan makanan yang kurang minyak, sayur-sayuran dan buah-buahan ketika sahur supaya khasiat yang diperolehi dapat menampung tenaga pada siang hari.

  7. Dapatkan rehat secukupnya - Jangan melengah-lengahkan masa untuk tidur ya. Untuk kekal aktif ketika berpuasa pada siang hari, tidur yang cukup juga amat membantu. Ini kerana anda perlu bangun untuk sahur semula. Kalau tidur dah lambat, macam mana nak bangun sahur? Kalau sahur awal,nanti esok cepat lapar pula.
Nak tahu tips yang lebih banyak dan berguna ini, anda boleh mencuba Jus Mutyara kerana salah satu khasiatnya adalah ia dapat membantu masalah dalaman yang dialami oleh wanita dan lelaki.
 
Mutyara dirumus khas dari makanan sunnah seperti delima, kurma, habbatussauda dan bahan-bahan tradisional seperti halia, ubi bit, manjakani dan pelbagai lagi yang dapat membantu para wanita mengurangkan masalah dalaman wanita seperti keputihan, senggugut, period tidak teratur, masalah susu badan yang berkurangan dan sebagainya.Kini anda tidak perlu lagi bersusah payah lagi untuk menjaga kesihatan kerana adanya Jus Mutyara.

Untuk pembelian Jus Mutyara, boleh tekan link dibawah :
MUTYARA,
Sihat itu Nikmat
April 07, 2022